Monday, March 19, 2012

Biarlah kalau orang lain nak benci kita sebab keburukan, kejahatan, kesalahan, kesilapan, kekurangan, dan kelemahan kita. Yang penting, walau macam mana pun buruk dan jahat kita ni, الله tetap sayang kita dan الله sentiasa sayang kita. <3

Wednesday, March 7, 2012

"Hanya Tuhan bisa mengerti penyesalan diriku..."


Duhai kekasihku
Sungguh tak bisaku tanggung
Keperitan kalbu sepemergianku dulu
Seandainya aku mampu mengundurkan waktu
Ingin sekali ku kembalikan detik itu

Sekiranya cinta masih ada
Seandainya rindu masih setia
Izinkanlah ku kembali menghias hidupmu

Biarkan rembulan menyaksikannya
Biarkan hujan membasuh dosa
Nan ku perlakukan terhadapmu oh kekasihku

Hanya Tuhan bisa mengerti penyesalan diriku
Menghancurkan impianmu kekasihku

Sekiranya cinta masih ada
Seandainya rindu masih setia
Izinkanlah ku kembali menghias hidupmu

Biarkan rembulan menyaksikannya
Biarkan hujan membasuh dosa
Nan ku perlakukan terhadapmu oh kekasih

Dendam yang kau pendam, benamkanlah
Semoga berputik benih cinta
Telah pun ku menyesali kesilapanku

Dan malam-malamku kan gemerlapan
Menerangi cinta dua insan
Meraikan kepulanganku ke pangkuanmu
Ke pangkuanmu
Ke pangkuanmu
Ke pangkuanmu

Tuesday, March 6, 2012






Ke mana lagi nak ku ruang langkah
Ke arah hilang terbenam mentari
Nun di hujung lautan terpancar bulan
Semuanya
Telah pun aku langkahi
Sudah aku renangi
Namun di hati masih mencari


Sedangkan sungai ada muaranya
Begitu juga bumi dan paksinya
Tetapi hatiku kosong terbiar
Pasangannya
Dalam cahaya ku mencari
Bagai teka-teki
Di manakah cinta


Menerangi jiwa yang gelap gelita
Membuai aku yang terlena
Pesona antara yang nyata
Hadirlah kau hilangkan rindu
Dengan wajahmu di mataku
Biarlah bersatu


Biarpun hanya sekali
Namun kan terbukti
Biarlah menjadi rahsia abadi


Ke mana lagi nak ku ruang langkah
Ke arah hilang terbenam mentari
Nun di hujung lautan terpancar bulan
Semuanya
Dalam cahaya ku mencari
Bagai teka-teki
Di manakah cinta


Menerangi jiwa yang gelap gelita
Membuai aku yang terlena
Pesona antara yang nyata
Hadirlah kau hilangkan rindu
Dengan wajahmu di mataku
Biarlah bersatu


Membuai aku yang terlena
Pesona antara yang nyata
Hadirlah kau hilangkan rindu
Dengan wajahmu di mataku
Biarlah bersatu

Saturday, March 19, 2011

Aamiin (آمِيّنْ)

Ada yang masih keliru dengan penggunaan perkataan Aamiin ( آمِيّنْ ) dalam pelbagai konteks? Di sini ada 4 perbezaan perkataan Aamiin 
( آمِيّنْ ):

-- Amin (alif & mim sama-sama pendek), ertinya aman/tenteram.


-- Aamin (alif panjang & mim pendek), ertinya meminta perlindungan/keamanan.


-- Amiin (alif pendek & mim panjang), ertinya jujur/dipercayai.


-- Aamiin (alif & mim sama-sama panjang), ertinya ya Rabb, kabulkanlah Do'a kami.

Wallahua'lam.

Wednesday, October 20, 2010

senior? junior? ADA AKU KESAH!?

salah satu penyakit budak2 sekolah yang paling famous, lebih famous dari Famous Amos!
sampai melarat ke IPT dan alam pekerjaan


SENIOR vs JUNIOR


sebulan dua ni aku asyik fikir pasal benda ni je
sampai pelajaran aku nyaris terganggu
bukan apa
sebab ada manusia yang bangga sangat jadi senior
sampai dia duduk dalam kelas subjek yang sama dengan junior
tak habis2 dengan perasaan terlampau bangganya jadi senior


kalau ikut hati aku ni
tak payah cakaplah
sekepal penumbuk aku dah sampai tepat kat muka dia yang konon2nya 'macho' tu!
tapi
dia bukan mahram
kang aku jugak yang dapat dosa
silap2 haribulan dapat penerajang pulak lagi
naya


macam nilah
konklusi aku
kalau senior nak junior respek
jangan mengharap junior nak respek senior je
kalau senior miskin budi bahasa
dan tak reti nak hormat junior
sampai bila2 pun junior takkan hormat senior


renung2kan dan selamat beramal... (^__^)


* ingatan untuk diri aku jugak...

Wednesday, September 15, 2010

kudos to you, Encik Norzil Mat.. (^_^)

sebenarnya semalam sahabat saya di Muka Buku, Encik Norzil Mat kembali memberikan pendapatnya di status profil saya..


setiap kali dia membalas dan memberikan pendapat, saya pasti akan dapat pandangan daripada sudut yang berbeza dan pandangannya tidak pernah mengecewakan dan menghampakan saya..


ni dia pendapat yang saya maksudkan..semoga kita semua beroleh manfaat.. (^_^)




wanita, lelaki, perkahwinan - sebuah pendapat


Sebenarnya saya amat takut dengan satu perkahwinan di mana wanita amat mengharapkan lelaki itu tapi pada masa yang sama dia juga mengeluh terhadap lelaki itu..

Bukan apa..bimbang kalau-kalau keluhan itu sebenarnya terbit dari sikap acuh tak acuh pihak lelaki..bimbang kalau-kalau lelaki itu tidak bersungguh-sungguh..

[maafkan saya..ini sekadar pandangan dari satu sudut saja tau..tapi sesuatu yang tak patut diabaikan..]

Pada pendapat saya..

1. Lelaki perlu mengahwini seorang wanita YANG BETUL-BETUL DIA SUKA. Sebab itu akan mengurangkan risiko dia cari lain..
2. Wanita perlu mengahwini seorang lelaki YANG SUKA DIA. Sebab itu akan mengurangkan risiko dia DITINGGALKAN lelaki..

Rasa macam ramai wanita sekarang tersilap..lebih memilih lelaki yang dia suka tapi meninggalkan lelaki yang betul-betul sukakan dia..

Tapi kalau 2-2 suka itu yang seelok-eloknyalah..

Itu sekadar pandangan saya..kalau ada yang berguna..ambillah..kalau ada yang tak sesuai..abaikan..

Wednesday, August 18, 2010

mari berkempen! (^_^)






Assalamu'alaikum kawan-kawan..
Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni, banyak ilmu dan informasi berguna yang saya dapat melalui kemudahan internet..antaranya satu kempen yang saya rasa sangat menarik..saya cadangkan kepada kawan-kawan supaya klik kat link ni:


Kempen Aurat Saya Maruah Saya!



semoga kita semua mendapat iktibar dan manfaat bersama..InsyaAllah..ameen..!
selamat berkempen..!
(^_^)

Tuesday, August 10, 2010

aku x dia = tiada

sudah berkali-kali aku mencuba
mempertahankan hubungan yang kita bina
tapi kau masih tetap begitu
masih tetap dengan diammu
masih tetap dengan keras hatimu
masih tetap dengan rasa egoismu
dulu kau pernah berjanji
kau akan setia bersamaku
walau susah, walau senang
tapi kau sendiri yang sering lupa pada janji
yang kalau boleh kau mahu menafikannya lagi
sudah puasku pinta daripadamu
jangan lagi menyakiti hatiku
tapi kau masih tetap begitu
dan kini kau lebih asyik dengan duniamu
jika suatu masa nanti
diriku ini bakal disunting
menjadi seorang suri kepada insan yang menghargai
kiranya cukuplah sampai di sini
janganlah kau mencari aku lagi
kerana setelah itu aku pasti
aku tidak akan setia kepadamu lagi




ya ALLAH...


bantulah aku untuk menjadi manusia yang sentiasa redha dan pasrah terhadap segala takdir-Mu...


ameen...




malam 1 Ramadhan, 1431 Hijriyah / Selasa, 10 Ogos 2010
Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Monday, May 25, 2009

Tanjung oh Tanjung...



Alhamdulillah
setelah sekian lama dah tak update
sebenarnya still takde idea lagi
jadi
aku letakla gambar ni
buat lepas rindu kat Tanjung
biarla orang nak cakap apa
boring ke, muak ke, dah takde tempat lain ke
aku suka jugak pergi Tanjung ni
banyak sangat kenangan sweet & sour kat situ
hee...

Monday, April 20, 2009

merayap-rayap je

~haah!~

Alhamdulillah...!
dapat jugak buat entri
semalam blog ni ada masalah
yeah...
it's just fine..., for a while
lepas tu jadi macam mengong sikit
rasa macam nak tumbuk je pc ni
nasib baik blog je yang mengong
~uhuhuhuhuh~

sebelum-sebelum itu...

aku pergila lepas gian
(nyanyi sama makan KFC)
yela...
dah nak final exam kan
(aparra! orang dah nak final exam study daa...)

macam biasa, PAS la tempat tujuku
(aku neutral beb...Plaza Alam Sentral)
tapi sebelum tu singgah SACC Mall dulu
pergi Giant, beli air
(nak beli air pun kena pergi Giant ke?...murah punya pasal la aku sanggup)
on the way nak masuk entrance SACC,
tiba-tiba...

eh!
macam pernah ku dengar suara awek itu
tapi di mana yaa???

ala...
yang kat Astro tu

haa?

ala...
Jihan Raja Lawak tu!

owh...
rupa-rupanya semalam ada uji bakat untuk rancangan realiti Anak Wayang kat perkarangan SACC
kalau tak silap
kumpulan Sepah pun ada sekali
diaorang jadi pengacara kot
best jugakla
tengok ramai orang kat situ

tapi bukan sebab tu aku pergi SACC

jadi
aku blah dari situ
dan teruskan niat di hati

selesai kat SACC
masa untuk tunaikan tanggungjawab
(ahahahah...tanggungjawab apa...nyanyila!)
kat PAS

macam biasa
aku balun 10 lagu
jadi untuk kesekian kalinya
melayang lagi RM10

tu pun dah rasa macam nak tercabut anak tekak ni
tapi menggatai jugak nak memekak
haa...
padan muka!

~uhuhuhuhuhu~

habis memekak dalam karaoke box tu
laju je kaki ni melangkah ke KFC
macam tau-tau je

habis makan
tengok jam
dah 7 lebih!
(nasib baik tengah c.u.t.i.)
~hee~

jadi
dengan perasaan yang agak-agak gembira
dan perut yang dah kenyang (yum...yum...)
pergi pulak tunggu bas
(boring~~~)

hish!
bas ni
nama je rpd tapi!
nak naik kematu dah kaki ni tunggu

lastly (macam biasala...)
bas sampai
naik T601
lepas sampai Sek.2
naik T603 pulak nak masuk kampus
sampai bus stop DC
jalan kaki

eh...
stop!
rasa macam nak online pulak
singgahla Blue Dream

tapi PC hang!
macam hampeh laa!

~~sabar...sabar~~

lepas tu
jalan kaki balik kolej
naik tangga sampai habis tingkat 6
sampai bilik...

~~aduss...penatnya...penat gila~~

~berlalula satu lagi hari yang boring~


TIDO!

~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~

Sunday, March 29, 2009

Majlis Kecil Itu

Alhamdulillah...
akhirnya sampai jugak hajat nak pergi
Malam Puisi dan Akustik (sempena 60 Earth Hour)
anjuran en Aloy Paradoks malam tadi

terima kasih dari hati ni aku ucapkan kat en Aloy @ abg Aloy & the geng
sebab sudi menjemput & dah berhempas pulas menyediakan segala2nya
to all sweetest buddies (especially from Paradoks)
walaupun aku baru je kenal diorang sebelum event tu start
rasa macam dah lama pulak kenal diorang



Amoi - you are never alone...,
Dian-Syai - so sweet!
Adam - runcit ke tak runcit ke...Adam memang sempoi...,
G - you're so sweet dik! dia datang temankan cik abg baju kuning datang,
Shiela & the boys - to Mirul & Kimisai, terima kasih atas gorengan akustika korang,
dan insan2 seni yang buat persembahan malam tadi...

~~korang memang best!~~


(^_^)

Wednesday, March 18, 2009

I miss them like crazy!!!

this morning,
my little sis called,
asking for my help,
for her assignment which will due this Friday...

usually we just send messages,
but today she called,
maybe because she wanted the reply really2 fast...

(I'm out of prepaid...hahah...)

as usual,
she asked a lot,
well,
she wants more understanding about her assignment...

but,
I felt strange suddenly,
I kept trying to figure it out,
why???

then,
I suddenly realized,
I do miss her a lot...

yeah...

I really miss my loving family...

O ALLAH...

I miss them...
so really much...

=,{

Wednesday, March 11, 2009

=,{

Ya Allah...

Aku tahu
Aku bukan yang pertama untuk dirinya
Dia bukan juga yang pertama untuk diriku

Tapi kini
Dia ingin aku
Menjadi pengganti insan istimewa
Yang pernah bertakhta di hatinya
Suatu masa dahulu

Ya Allah...

Aku ingin katakan
Bahawa aku sudi
Dan aku ingin sekali
Menyembuhkan luka di hatinya
Walaupun diriku
Tidak mungkin akan sama
Dengan insan itu

Tapi Ya Allah...

Adakah aku mampu?
Adakah aku ini
Insan yang sangat layak untuknya?

Ya Allah...

Bantulah aku
Bantulah hamba-Mu ini
Yang bodoh lagi hina

Ya Allah...

Jika benar dia adalah jodohku
Dan jika benar aku adalah jodohnya
Kau satukanlah kami
Sehidup dan semati

Aamiin...

Selasa, 10 Mac 2009M/13 Rabi'ulawwal 1430H

Monday, March 9, 2009

=,{

Ya Allah...

Sepatutnya
tiada rasa cinta
yang melebihi rasa cinta kepada-Mu

Tapi
seringkali aku terjatuh
ke dalam jurang cinta yang membahayakan

Yang akhirnya
hanyalah dusta dan penderitaan

Ya Allah...

Dalam umur hidupku yang masih tersisa ini
Bantulah aku
Untuk mencantum kembali
Cebisan rasa cintaku
Yang robek
Dicarik dusta dan derita
Untuk bertemu kembali paksi mulanya;

Iaitu rasa cinta kepada-Mu
yang mekar mewangi selamanya...

Aamiin!

HUKM/PPUKM Cheras
Ahad, 08 Mac 2009M/11 Rabi'ulawwal 1430H

Monday, March 2, 2009

6 SIFAT LELAKI YANG DISUKAI WANITA

1) Percaya diri

Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita.
Lakukan perkara yang terbaik, misalnya kalau anda mahir bermain futsal, teruskan bermain.
Pada masa yang sama, cuba bermain sukan lain juga.
Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.

2) Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau buat-buat ketawa, tetapi berpada-pada dalam pergaulan.
Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya atau isterinya, terutamanya apabila si dia sedang bersedih.

3) Romantik

Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita.
Harus diingat, romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada, tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.

4) Bijak

Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami.
Tidak semestinya anda seorang ahli akademik, tetapi penampilan dan cara pembawaan diri menjadi perhatian.

5) Menjaga penampilan

Lelaki yang pandai menjaga penampilan serta sentiasa kelihatan bersih, kemas, segak, menarik, dan berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita.
Penampilan yang baik menunjukkan lelaki mampu menghargai dirinya.
Kuku turut memainkan peranan yang penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.

6) Soleh

Wanita juga suka kepada lelaki yang soleh dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.

5 SIFAT WANITA YANG DISUKAI LELAKI

1) Keibuan

Ramai lelaki yang terpikat kepada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat, dan penuh kasih sayang.
Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang menghadapi tekanan. Hal tersebut turut memudahkan mereka untuk bermanja.

2) Prihatin dan menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas, dan diberi kepercayaan.
Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

3) Menjaga penampilan

Wanita yang pandai menjaga penampilan serta kelihatan bersih, kemas, cantik, dan menarik menjadi pilihan lelaki.
Penampilan yang baik menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

4) Bijak berbicara

Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki, terutama apabila diajak berbual.
Wanita seperti itu bukan sahaja menjadi pendengar yang baik, tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual.
Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

5) Solehah

Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu menjaga diri dalam apa jua keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.

innocent + cuddly + cute + beautiful = BABIES!!!

satu perkara yang amat menarik perhatian aku bila keluar berjalan-jalan...
aku betul-betul tak tahu kenapa,
tapi pantang nampak adik-adik kecil yang comel-comel belaka ni, hati ni terus tertawan...
SUBHANALLAH...
memang indah ciptaan ALLAH SWT...
sampaikan terdetik dalam hati ni,
nak ada anak sendiri...
memang seronok & syukur sangat-sangat bila punya zuriat sendiri...
tapi untuk mendidik zuriat - darah daging kita menjadi khalifah ALLAH SWT di muka bumi ni memang bukan senang...
tambah-tambah lagi zaman sekarang...
dengan masalah sosial yang berlaku kat mana-mana je,
memanglah kita kena banyak bersabar
sebab banyak sangat dugaan,
lebih-lebih lagi kepada kita yang cintakan Islam...
apa-apa pun yang terjadi,
kita berdoalah,
agar hidup mati kita & seluruh umat manusia sentiasa dalam nikmat Iman & Islam...
AAMIIN!!!

Wednesday, February 25, 2009

thank you... (^_^)

a few days ago,
I asked my bbff's help for my shoutout
and he just told me spontaneously


"kalau kita sayang kat seseorang,
kita mesti hargai dia,
jangan sia-siakan dia...
sebab kalau kita hilang orang yang kita sayang,
susah kita nak jumpa orang macam tu lagi..."


well...
such phrases have really thoughtful meanings...
thanks a lot...


~~xoxo~~



(^_^)

Monday, February 23, 2009

09/09/2008 (2)

Ya Allah...
sesungguhnya dunia ini adalah pentas lakonan...
dan hidup ini adalah sebuah mimpi...

Ya Allah...
aku pohon bantuan daripada-Mu...
untuk menyedarkan diri ini...
yang selalu alpa dan lupa kepada-Mu...
yang selalu menidakkan kehadiran-Mu...
walau aku tahu...
Engkau sentiasa ada...

Ya Allah...
sesungguhnya aku disambut di dunia yang fana ini...
dengan tangisan kegembiraan dan kesyukuran...
serta tawa ceria keluarga tercinta...
dan akan pulang kepada-Mu...
mungkin, dengan deraian air mata kesedihan dan kepiluan...

Walau apa pun ya Allah...
aku sentiasa sedar dan mengerti...
hadirnya aku di dunia ini sendiri...
pulangnya aku ke sana nanti juga sendiri...

Ya Allah...
redhakanlah musafirku di dunia-Mu ini...

09/09/2008 (1)

Ya Allah...
kerana Engkaulah...
aku masih mampu hidup...
aku sanggup terima apa sahaja...
yang mereka katakan dan lakukan...
walaupun hakikatnya...
hatiku amat terluka...
jiwaku amat terseksa...

Tapi
ya Allah...
jika Engkau telah takdirkan inilah jalan hidupku...
maka redhakanlah aku...
aku insan penuh dosa...
hamba yang bodoh lagi hina...

Ya Allah...
masih mahukah Engkau mengampunkan segala dosaku...
yang kian menggunung setiap masa?
hanyalah Engkau, Ya Allah...
yang mampu memberi jawapannya...

Ya Allah...
bantulah aku untuk segera kembali kepada-Mu...
terimalah aku ya Allah...
untuk selama-lamanya...

The Travel of Life (2006)

Dear friend...
Look into your heart
We are weak and disgraceful human beings
Fully covered with shame and sins.

Dear friend...
Look to the bottom of the heart
The heart feels empty
Without the light of faith
Without the light of virtue.

Dear friend
Look into yourself
Full with blessings and gifts
Do we feel thankful with them?

Or is it just words...?

Dear friend...
In the travel of finding your trueself
Full with difficulties and challenges
Passion becomes the obsession
Only faith and virtue
Becomes the guidance.

O Allah...
Please lead us...
Please guide us...
Towards Your right path
The path that leads to happiness
In the world and the Hereafter.